Ahad, 15 September 2013

Kata-kata Menggambarkan Peribadi

Mahmud adalah seorang lelaki yang sangat soleh,pun begitu dia bukanlah seorang yang tampan jauh sekali memiliki wajah yang menarik. Oleh sebab itu,dia sering menjadi bahan ketawa penduduk kampungnya.

Suatu hari, Mahmud keluar berjalan-jalan seorang diri. Apabila tiba di sebatang jalan,tiba-tiba datang seorang perempuan melewatinya sambil memaki hamun Mahmud dan berkata sesuatu dengan kata-kata yang keji.

Wanita itu terus memaki hamunnya dengan perkataan yang kurang sopan. Namun, Mahmud tetap membisu dan hanya mendengar. Akhirnya, selepas penat mengeji, wanita itu pun diam sambil memandangnya penuh kebencian. Namun, dia hanya tersenyum dan berkata, "Terima kasih." Lalu meneruskan perjalanannya.

Kenapa Mahmud berkelakuan begitu? Sedangkan dia mampu melawan wanita tersebut dengan kata-kata nasihat untuk menangkis kekejian tersebut. Jawapannya kerana dia tahu apa saja yang diluahkan wanita itu sebenarnya hanya menggambarkan siapa diri wanita itu sendiri.

Jika kita sering bercakap menggunakan bahasa-bahasa kesat atau kurang sopan,sebenarnya kita cuba memberitahu orang lain sejauh mana jarak kita dengan Allah. Awas! kata-kata menggambarkan peribadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar anda