Ahad, 26 Julai 2009

Petua Orang Dulu

Segarkan Mata
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

Kulit limau hilangkan bau badan
Potong limau kasturi dan buangkan bijinya, kemudia makanlah kulit limau tersebut bersama airnya.Amalkan selalu.

Mengurangkan dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas,minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menaikkan seri muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu.Amalkan selalu

Merawat kulit berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.Sebatikan bancauhan itu lalu disapukan di kulit sekali sehari.Amalkan sehingga berkesan.

Sabtu, 11 Julai 2009

Dari Abdullah Rasulullah s.a.w bersabda

"Mencaci maki orang Islam adalah perbuatan fasik yakni disebabkan kekurangan akal dan membunuh orang Islam adalah kekufuran (menjadi kafir)

(Sahih Bukhari)