Rabu, 17 Mac 2010

Spongebob Squarepants-Nak Baca..Bacalah!



Dari kanak-kanak hingga ke datuk nenek, kartun ini amat diminati.Kita lihat fakta-fakta mengenai kartun ini.Untuk pengetahuan sahaja....


Fakta 1:

1.Kartun ini diilhamkan oleh Stephen Hillenburg.Siapa mamat ni?Dia ni lahir di Amerika pada 1961.Dia ni bukan calang-calang manusia sebab dia seorang lulusan biologi laut juga seorang pelukis dan pakar animasi.Dasyat gitu...

Fakta 2:

1.Siapa watak utamanya?Tak lain tak bukan , si span kuning.Span kuning ni adalah haiwan laut yang dibentukkan jadi empat segi macam span bacuh pinggan mangku

2.Spongebob ni tinggal di dalam buah nanas, suka tangkap obor-obor.Bekerja sebagai pembuat burger di restoran Krusty Krabs.

Fakta 3:

1.Kawan baik Spongebob ni ialah tapak sulaiman bernama Patrick Star, tinggal di bawah seketul batu, sebelah rumah Spongebob.Wataknya bodoh-bodoh alang dan kelakar.

Fakta 4:

1.Squidward Tentacles (sotong kurita) juga jiran Spongebob.Dia bekerja sebagai juruwang di Restoran Krusty Krabs.Masalahnya dia ni yang berhidung panjang serta sengau ini sentiasa berlaga angin dengan Spongebob.Ada saja yang digaduhnya dengan Spongebob.

Fakta 5:

1.Eugene H.Krabs, si pemilik Restoran Krusty Krabs pula gilakan duit, tamak serta pentingkan diri sendiri.Sebagai majikan Krabs mengerah tenaga kedua-dua pekerjanya demi mendapatkan keuntungan yang semaksimum.Ceh....

Fakta 6:

1.Kalau anda nampak ada kartun siput itulah Gary.Kelakarnya.Gary berbunyi meow saja macam kucing.Dia binatang peliharaan Spongebob.

Fakta 7:

1.Watak antagonis ialah si kecil bernama Sheldon J.Plankton sempena hidupan seni yang menjadi makanan hidupan laut, plankton.Plankton ni memiliki restoran Chum Bucket tetapi langusng tidak ada pengunjung kerana penduduk kediaman mereka suka makan di Krusty Krabs.

2.Plankton ni cukup dengki dengan Krabs, maka dia melakukan pelbagai usaha membangkrapkan Krusty Krabs.Setiap hari dia ni berusaha untuk mencuri resepi rahsia Krusty Krabs dengan dibantu isterinya Karen sebuah komputer tetapi tak pernah berjaya.

Begitulah kisah si span kuning dan lain-lain yang hidup seperti di alam darat iaitu Bikini Bottom.Sekadar pengetahuan saja...

Untuk Lelaki Bergelar Suami

JIKA ISTERI KITA SAKIT

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini.

Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"... Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta. Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.

"Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak... sepatutnya ajaklah ke klinik......" Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah.. nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening-morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam... dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini. Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ...." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu. Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.

Kononnya..betul atau tidak..tak tahulah.

Ini Orang Tua-Tua Kata

Dahi

1.Dahi yang luas menandakan sempurna budi bicara


2.Dahi yang sederhana lagi berkerut-kerut menandakan bersikap jujur dan berakal fikiran
3.Dahi yang luas dan tidak mempunyai banyak urat menandakan suka berkelahi dan degil
4.Dahi yang sempit tandanya kurang akal dan pendiam
5.Dahi yang bujur dan berkerut-kerut antara dua kening menandakan seseorang yang sering berdukacita dan marah

Bulu Kening

1.Kening yang luas suka ketawa dan ada ketajaman akal fikiran
2.Kening yang sederhana dan berwarna hitam menunjukkan kesempurnaan kefahaman melalui akal fikiran
3.Kening yang panjang tanda keras hati dan sombong
4.Kening lyang lebat menandakan banyak bercakap dan senstiasa riang ria
5.Kening yang bertemua keduanya suka membantah

Mulut

1.Mulut yang luas menandakan bersikap berani dan kuat
2.Mulut yang kecil tanda berpenyakit

Bibir

1.Bibir yang nipis menandakan sentiasa mengingati setiap pesanan yang diberikan kepadanya
2.Bibir yang sederhana tanda kesempurnaan
3.Bibir yang merah menandakan sentiasa melakukan kebajikan
4.Bibir yang tebal menandakan kurang akal dan degil
5.Bibir yang pucat tandanya berpenyakit

Sambung lain keluaran...

Peringatan dari PDRM

Sama-sama kita kongsi info ini.Mungkin berguna.....

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).



2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM