Sabtu, 21 Disember 2013

Disfungsi Ereksi

Pengenalan
Ditakrifkan sebagai ketidakupayaan lelaki untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan(ereksi) zakar yang cukup semasa melakukan perhubungan seksual.

Jenis-jenis dan sebab berlaku
3 kategori
1-dipanggil organik disebabkan kegagalan darah masuk ke zakar

2-dipanggil psikiogenik disebabkan pemikiran atau perasaan kerana stres,rasa rendah diri,takut dan sebagainya.

3-gabungan kedua-duanya

Rabu, 27 November 2013

Diet Pemakanan Disyorkan Islam

Nabi Muhammad S.A.W ada menunjukkan beberapa jenis makanan yang sihat iaitu buah-buahan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Antara makanan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. ialah:

Berjalan Kaki...Sunnah Nabi

Kurang pergerakan atau cara hidup yang kurang aktif ialah kehidupan seharian yang kurang pergerakan.Contohnya pekerja pejabat yang banyak menjalankan kerja-kerja  di meja tanpa memerlukan banyak  pergerakan.Ia juga biasanya dirujuk  dengan tidak melakukan aktiviti aktif seperti bersenam atau bersukan dan hanya duduk sepanjang hari.

Selasa, 26 November 2013

Gaya Hidup Cara Islam

Kehidupan seharian sering menyebabkan kita mengalami tekanan.Terdapat pelbagai kaedah untuk mengawal tekanan atau stres yang disyorkan olah Nabi Muhammad S.A.W.Diantaranya ialah dengan berdoa,membaca 
 Al-Quran, berzikir dan solat.
Amalan Ini boleh menenangkan dan menghilangkan tekanan serta boleh menghapuskan dosa-dosa kecil.

Doa
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
"Paling hampir seorang hamba Allah dengan Tuhannya ialah ketika mana di dalam sujud, maka banyaklah berdoa padanya"Doa ialah ubat untuk hati dan makanan untuk rohani.Dengan berdoa seorang itu berasa lebih dekat dengan Allah dan mampu mengurangkan stres.



Jumaat, 8 November 2013

Hebatnya Sujud

Lihatlah mereka pun bersujud pada Allah.














Sihat Cara Rasulullah Makan

Kalau hendak sihat bukan kerana makanan yang berkhasiat mahupun ubat-ubat yang mahal.Cara sihat Rasulullah asalkan adalah melalui adab-adab makannya.

1.Mulakan dengan Bismillahir Rahmanir Rahim
2.Mengunyah makanan kena lama
3.Jangan makan berseorangan
4.Jangan makan bersama gadget
5.Makan duduk tegak
6.Minumpun duduk
7.Makan dengan tangan

Khamis, 7 November 2013

Membaca Jantung Alquran Kala Susah

Ini surah yang paling banyak dibaca oleh orang Melayu.Dikala anak hendak menghadapi peperiksaan,majlis kesyukuran,kematian,kenduri arwah,malam Jumaat,menghalau hantu hatta masukkan rumah baru pun dibaca surah Yasin.Paling istemewa adalah malam Jumaat is dikatakan khad until surah Yasin.Mengapa Yasin dibaca pada malam Jumaat dan tidal pada hari-hari yang lain?
Memang tidak salah kerana ia juga sebahagian dari al-Quran namun bila dikhusus untuk amalan tertentu pada majlis tertentu,itu tidak berapa betul.Alasannya surah Yasin ada kelebihan.
Melebihkan surah Yasin boleh,asalkan kita tahu isi kandungan yang banyak merakamkan banyak isi,peringatan,hidup dan mati,hari kebangkitan dan kebesaran Allah.
Al-Quran dibaca terutamanya surah Yasin bertujuan merawat hari kerana penyakit hari banyak diceritakan oleh Al-Quran.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Allah Tolak Permohonan Ke3 Rasulullah

"Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara.Dia perkenankan dua perkara dan menolak satu perkara.Aku memohon kepada Tuhanku supaya 1. jangan binasakan umatku dengan musim susah yang panjang 2. jangan binasakan dengan bencana tenggelam seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Noh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan 3. jangan binasakan umatku kerana pertentangan sesama mereka tetapi prmohonan ini ditolak.

Sampaikah al-fatihah untuk di mati

"Terima atau tidal itu urusan Allah dan ia termasuk dalam soal perkara ghaib.Sedangkan solat seseorang pun kita tidak tahu Allah terima atau tidak.Yang pasti apabila ayat-ayat Allah dibaca ia satu bentuk pengharapan kepada Allah,mudah-mudahan ayat-ayat tersebut dapat dimanfaatkan untuk di mati.Soal seterusnya terserah kepada Allah".

Sabtu, 28 September 2013

Pendekatan 7P Dalam Mendidik Anak-Anak

Perhatian
Anak-anak perlu diberi perhatian dari segi makan,minum,kesihatan,pergaulan dan sebagainya

Puji dan Peluk
Sentiasa memuji dan memeluk anak agar mereka rasa dihargai dan rapat dengan ibu bapa

Pendidikan
Pendidikan yang sempurna

Pukul
Sekiranya anak bersalah pukullah anak-anak dengan niat kerana Allah .Pukul bukan niat mendatangkan kecederaan atau mengikut emosi marah

Pujuk
Apabila dipukul atau marah kepada anak cubalah pujuk kembali agar anak terasa mereka masih disayangi

Penghargaan
Beri penghargaan kepada anak-anak sekiranya berjaya atau melakukan sesuatu kebaikan

Periksa
Selalu periksa e-mel,telefon,beg sekolah untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh anak-anak





Rabu, 25 September 2013

Hidup Kita Ibarat Subjek Matematik

Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu TAMBAH, TOLAK, DARAB dan BAHAGI. Amalan yang baik hendaklah DITAMBAHKAN. Segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah DITOLAK, pahala amalan hendaklah DIGANDAKAN dan masa yang ada hendaklah DIBAHAGIKAN dengan sempurna agar kita tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.

Al Quran Bongkar Pembinaan Piramid

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).
Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.
Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?

Selasa, 24 September 2013

Lawak 18sx.Ayah dan Emak Mana?

Di satu pagi anak keluar dari biliknya dan bertanya kepada neneknya:

"Nenek, mana ayah dan emak?"
"Mereka masih berada di dalam bilik...neneknya menjawab".Anak itu ketawa dan kemudian sarapan bersendirian.

Ahad, 22 September 2013

Hilangkan Bau Tengik Ketiak....

Ada satu petua untuk hilangkan bau tengik ketiak..Nampak macam kelakar tapi cuba dulu manalah tahu mungkin berjaya.

Ahad, 15 September 2013

Kata-kata Menggambarkan Peribadi

Mahmud adalah seorang lelaki yang sangat soleh,pun begitu dia bukanlah seorang yang tampan jauh sekali memiliki wajah yang menarik. Oleh sebab itu,dia sering menjadi bahan ketawa penduduk kampungnya.

Bercakap Benar Hakis Perangai Buruk

Pada satu hari, datang seorang lelaki berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.Dengan muka bersahaja dia berkata
"Wahai Nabi Allah,aku punyai banyak perangai buruk.Yang mana aku patut ubah dulu?"Nabi bersabda,
"Jangan bohong dan berusahalah untuk bercakap benar." Lelaki itu pun berjanji dengan baginda s.a.w. 
untuk bercakap benar.Lalu dia pun pulang ke rumah.