Khamis, 9 Jun 2011

Pernah Merasai Simptom-Simptom Ini?

• Dada selalu sakit
• Selalu hilang semangat dan truma yang teruk sehingga tidak boleh mendengar ada orang yg meninggal dunia kerana sakit jantung.
• Hilang kenyakinan diri
• Tangan kiri selalu lenguh-lenguh
• Cepat penat
• Tidak boleh berjalan laju kerana dada akan sesak
• Tidak boleh mendaki bukit atau tangga melebihi 2 tingkat
• Tidak bermaya (kurang oksigen)
• Tidak boleh bekerja dalam tekanan kerana boleh menyebabkan sakit dada
• Bila berada di kawasan keramaian dan tempat yang bising rasa macam nak pitam
• Tidak boleh mengangkat barang-barang berat.
• Tidak boleh marah
• Siang malam kena makan ubat berjadual

Sekiranya salah satu ada pada diri anda maka berhati-hatilah bahawa itu adalah petanda sakit jantung.Jangan bimbang.Setiap penyakit ada ubat sama ada perlu pembedahan (belanja mahal) atau melalui perubatan alternatif (belanja murah).

Saya juga merupakan mangsa penyakit ini.Ia telah menyerang saya pada awal tahun 2010 setelah saya balik dari berjogging.Ini bermaksud serangan jantung akan berlaku pada sesiapa sahaja sama ada seseorang itu aktif bersukan atau tidak.Lihat kes terbaru sahabat kita,ahli bina badan abang Malek Noor, sakit dada semasa bermain bola sepak,baru 5 minit di padang...apa lagi kita yang tak aktif ini,asyik mengadap depan komputer...

Jadi berbalik pada kisah saya,setelah pemeriksaan dibuat di hospital, disahkan saluran jantung saya tersumbat.Termenung saya....gelap dunia...terus terbayang mati....teringatkan orang-orang yang tersayang lebih-lebih lagi anak-anak masih kecil.Adakah saya perlu berputus asa?Peringkat awal ya....

Namun Allah memberi kekuatan pada saya untuk peluang hidup yang kedua bagi saya kembali ke jalanNya.Mungkin banyak dosa telah saya lakukan.Dengan kekuatan itu saya berubat di mana-mana ada orang pandai.Akhirnya saya terjumpa satu laman web milik saudara bhaseer.com yang juga pernah menghadapi masalah yang sama seperti saya.Saya menghubunginya melalui telefon dan bersembang berkaitan penyakit ini.Saya telah mencuba herba Danshen Plus Tasly.

Herba Danshen Plus ini buka ubat tetapi supplement yang membantu membersihkan saluran darah tersumbat dengan lemak-lemak jahat (kolesterol).Lemak-lemak ini terhasil dari makanan yang kita makan.Saya suka makan hati ayam, roti canai. nasi lemak,telur ayam dan makanan bergoreng.Melantak sakan....akhirnya rasakan...tanggung sendiri.

Saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana telah 'menjodohkan' dengan ubat ini dan sehingga kini saya masih mengamalkan pemakanan herba ini.Kini kesihatan saya telah pulih dari simptom-simptom di atas.

Maklumat lanjut tentang ubat ini boleh layari web http:www.pencucisalurdarah.blogspot.com.
Insyallah kita berikhtiar Allah menentukan.Mati adalah pasti, penyakit kita boleh elakkan.