Isnin, 16 November 2009

PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM

Bab 2
Peringatan Untuk Umat Islam

Saudara/saudari yang dikasihi,

Apakah kita telah memenuhi diri kita atau kehidupan kita serta ahli keluarga dengan tuntutan-tuntutan Allah dan Rasulnya?

Sudahkah kita ketahui ilmu-ilmu yang diwajibkan Allah dan Rasulnya?

Cintakah kita pada Allah dan Rasulnya atau kita hanya cinta kepada apa yang dimilikinya sahaja (dunia dan isinya)

Ketahui dan ingatlah bahawa kita sekarang berada di dalam keadaan dan suasana masyarakat seperti yang pernah diisyaratkan oleh Rasulullah iaiatu satu zaman yang amat ditakuti oleh baginda iaitu akhir zaman.Di zaman itu akan berlaku beberapa perkara di antaranya:

1.Solat diabaikan, diringan-ringankan, ditinggalkan, sekarang lebih kurang 80% orang Islam sudah tidak mengerjakan solat.

2.Orang hidup yang mengikut kehendak agama (beriman) tertindas dan hati mereka merintih terhadap maksiat ,hatinya hancur luluh tetapi tidak mampu mencegah.

3.Banyak Al-Quran dicetak indah-indah tetapi dijadikan hiasan,slogan, jarang dibaca dan diamalkan ajarannya.

4.Keinginan nafsu syahwat digalakkan,iklan-iklan, gambar-gambar, filem-filem, buku-buku lucah mudah didapati.

5.Penjenayah menjadi pemimpin kebanyakan jahil tentang agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

6.Perkara-perkara yang benar menjadi samar sukar untuk dibezakan perkara-perkara yang halal dianggap haram, perkara-perkara yang haram dianggap halal.

7.Berbohong menjadi satu keperluan untuk hidup,kalau tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

8.Zakat dianggap beban.

9.Hujan turun bukan pada musimnya.

10.Wanita menguasai lelaki dengan menggunakan amalan syaitan.

11.Anak-anak mendurhaka kepada ibu bapa.

12.Antara kawan dan lawan sukar dibezakan.

13.Dosa dianggap ringan.

14.Masjid-masjid dihias indah tetapi kebanyakannya kosong dan berkunci.

15.Ramai yang bersolat tetapi munafik, berlakon sahaja.Sewaktu bersolat menutup aurat diluar solat mendedahkan aurat.

16.Riba berleluasa orang alim terlibat sama.

17.Bertambah penyanyi wanita.

18.Darah manusia tidak berharga lagi.

19.Akan datang dari barat akan mempengaruhi manusia yang lemah iman.Sudah ramai mengikut cara barat yang menyesatkan seperti berpakaian,pergaulan, berpesta dan cara hidup.