Isnin, 8 Mac 2010

Berkongsi Rahsia Kejelitaan dan Kesihatan Datuk Sarimah

Kenal dengan Datuk Sarimah Ahmad? Pernah berlakon dalam filem Ali Baba arahan Tan Sri P.Ramlee pada era 60-an.

Mari kita kongsi apa rahsia kejelitaan dan kesihatan beliau yang kini berumur 68 tahun.



"Sebenarnya ramai yang bertanyakan tentang amalan dan petua saya dalam menjaga kesihatan dan kecantikan.

Saya ini orang kampung dan dibesarkan di kampung.Sejak kecil lagi ibu bapa saya mendidik agar sentiasa bangun dan mandi awal pagi.

Pukul 5.00 pagi saya sudah mandi perigi.Sekarang ini pun saya akan bangun awal dan mandi dengan air sejuk.

Kebiasaannya saya akan bangun seawal 3.00 atau 4.00 pagi pada setiap hari.Selepas bangun tidur saya akan buat rengangan selama 15 minit.Selepas itu saya amalkan minum air zamzam sekurang-kurangnya satu sudu dan semburkan pada wajah.Selepas itu saya solat Subuh dan Dhua.

Selepas segalanya selesai barulah saya bersarapan.Saya pasti memakanan yang banyak serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta banyak minum air putih.Kekadang saya ada mengambil vitamin atau makanan tambahan lain.

Kita haruslah bijak mempelbagaikan pemakanan kita.Contoh oat, saya akan campurkan bersama pisang.Begitu juga jika saya minum teh hijau kadang-kala saya akan campurkan dengan sedikit madu bagi mengelakkan rasa jemu.

Elak Jadi Mangsa Pukau

Tip Elak Pukal

Apa pukau?

Ia didefinisikan sebagai satu perbuatan oleh individu yang mengawal minda individu sehingga mereka tidak sedar dan hanya menurut segala kata-kata si pemukau.

Pemilik ilmu pukau ini dikatakan memiliki ilmu hitam atau berkaitan dengan ilmu batin dan bersangkut paut dengan penggunaan jin dengan membaca mentera menyeru jin supaya mengawal minda mangsa.

Modus Operandi

Cukup mudah.Tanpa menggunakan senjata atau tenaga hanya sekadar mencubit, menepuk bahagain tubuh atau merenung mata mangsa, wang atau barang berharga menjadi milik pemukau.

Tip elak pukau.



1.Sentiasa mempunyai wuduk

Sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran seperti Ayat Kursi sebagai pendinding diri daripada sebarang perkara jahat.Kita digalakkan berzikir.

2.Jangan alpa atau cuai dalam menjaga harta benda sendiri.

3.Sentiasa berwaspada dengan menggunakan rasa curiga serta syak wasangka terhadap orang yang tidak dikenali yang mendalangi kita secara tiba-tiba.

4.Bersikap peka dan curiga jika terhidu bau-bauan yang pelik seperti wangian,bau kemenyan atau bau busuk yang datang secara tiba-tiba.

5.Mengawasi pergerakan individu yang mendatangi kita.

Mengapa Suami Curang

Tanda-tanda suami berlaku curang

1.Mementingkan penampilan diri secara tiba-tiba

Perubahan secara drastik yang boleh dilihat adalah dia tiba-tiba menjadikan dia seorang yang sangat mementingkan penampilan.Jika sebelum ini dia tidak mementingkan gaya dan penampilan,kini dia begitu mengambil berat.Berhati-hati mungkin sidia sedang cuba mencuri tumpuan seseorang yang sedang dia minati.

2.Suka marah dan jadi panas baran secara tiba-tiba

Dahulunya sikapnya lembut dan penyanyang berubah secara tiba-tiba menjadi seorang yang bengis,suka marah-marah dan panas baran seharusnya dipandang serius.Kemungkinan tanda-tanda tersebut menggambarkan dirinya sedang memadu kasih sayang dengan seseorang.

3.Tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit

Bagi mereka yang sedang mabuk asmara, telefon bimbit menjadi barang kesayangannya dan sesiapa dilarang menyentuhnya.Hinggakan hendak ke tandas pun telefon bimbit turut dibawa bersama.Bukan apa, bimbang rahsia hubungan sulit diketahui pasangan

4.Termenung dan sering tersenyum sendiri

Orang yang hatinya sedang berbunga bahagia kerana dilamun cinta, biasanya dapat dilihat dari riak wajahnya.Maklumlah orang sedang kemaruk cinta.

5.Terlalu mengambil berat kepada isteri secara tiba-tiba

Entah mengapa tiba-tiba suami mengambil berat dan prihatin terhadap isterinya.Jangan terpedaya dengan sandiwara.Perubahaan ini bertujuan untuk mengaburi mata isteri supaya tidak terhidu.