Selasa, 26 November 2013

Gaya Hidup Cara Islam

Kehidupan seharian sering menyebabkan kita mengalami tekanan.Terdapat pelbagai kaedah untuk mengawal tekanan atau stres yang disyorkan olah Nabi Muhammad S.A.W.Diantaranya ialah dengan berdoa,membaca 
 Al-Quran, berzikir dan solat.
Amalan Ini boleh menenangkan dan menghilangkan tekanan serta boleh menghapuskan dosa-dosa kecil.

Doa
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
"Paling hampir seorang hamba Allah dengan Tuhannya ialah ketika mana di dalam sujud, maka banyaklah berdoa padanya"Doa ialah ubat untuk hati dan makanan untuk rohani.Dengan berdoa seorang itu berasa lebih dekat dengan Allah dan mampu mengurangkan stres.