Isnin, 20 Disember 2010

Keburukkan Pendingin Udara Kereta Kepada Kesihatan

Keburukkan menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).

Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan boleh menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran..

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Dari satu kajina saintifik, kereta jika di tempat letak kereta di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup boleh menghasilkan 0.13 mg – 0.56 mg Benzene.
Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat dan penumpang di dalamnya boleh tersedut toksik yang berlebihan secara tidak sedar.
Walaupun kadar benzene yang terdapat dalam keadaan di atas adalah rendah, namun WHO menegaskan tiada tahap yang selamat terhadap pendedahan kepada bahan-bahan karsinogenik.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahtoksik bahan tersebut.