Khamis, 18 Jun 2009

Fakta Tentang Orgasma Lelaki Dan Wanita

Beza orgasma lelaki dan wanita

Orgasma adalah titik puncak kenikmatan sewaktu hubungan seksual yang berkaitan dengan psikologi dan saraf. Orgasma pada lelaki biasanya terjadi dalam waktu yang relatif lebih lama, baik dalam pencapaiannya mahupun pengakhirannya jika dibandingkan dengan orgasma wanita.Namun begitu kelebihan wanita pula ialah mampu mengalami orgasma berganda.

Penafasan pengaruh orgasma

Penafasan mempengaruhi orgasma. Sebaik anda menjalin hubungan intim kadar penafasan meningkat dan kerap kali menahan nafas.Ini bermakna tubuh anda sedang menegang dan untuk mencapai klimaks kian sukar. Cubalah kawal penafasan kerana ia membuat anda lebih tenang dan mengalami orgasma lebih pantas.
Berhati-hati dengan perkara di bawah

Bekerja lewat malam melemahkan jantung

Mereka yang berkerja syif malam boleh mengalami perubahan hormon dan metabolik dalam tubuh dan boleh meninggikan risiko abesiti,diabetes dan serangan jantung.Ianya berpunca daripada perhubungan antara masa jaga dan tabiat pemakanan yang tidak seiring dikenali sebagai ritma sirkadian.

Kesesakan lalu lintas tingkatkan serangan jantung

Risiko serangan jantung akan menjadi 3 kali ganda lebih tinggi ketika anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama satu jam.Udara tercemar yang dihasilkan oleh kenderaan sewaktu tersangkut dalam kesesakan menyebabkan wanita, lelaki tua, pesakit yang tidak memiliki pekerjaan dan individu yang memiliki sejarah serangan jantung paling berisiko terkena serangan jantung.

Cuaca panas punca sakit kepala

Cuaca panas dan perubahan ttekanan atmosfera lebih mudah menyebabkan sakit kepala dan migrain berbanding punca pencemaran lain. Suhu tekanan dan kelembapan udara dikatakan punca sakit kepala.
Jangan Lakukan Perkara Ini Selepas Makan
Apa yang kita lakukan selepas makan banyak mempengaruhi diet dan sistem pencernaan tubuh kita.Jika anda lakukan perkara di bawah hentikanlah.....

1.Merokok
Lepas makan perokok akan mencari rokok.Sebatang rokok yang dihisap selepas makan kesannya adalah sama dengan 10 batang rokok pada waktu lain.

2.Tidur
Selepas makan mata layu dan mahu lelap.Jangan lakukan kerana ia merbahayakan sistem pencernaan tubuh badan .Kenapa?Makanan tadi tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur.Jarakkan masa makan dan tidur.

3.Makan buah
Ia pencuci mulut selepas makan.Anda salah.....makan buah selepas makan menyebabkan peruat kembung kerana banyak air.Makanlah buah selepas satu jam.

4.Mandi
Sekiranya anda mandi selepas makan,ia menyebabkan aliran darah pada tangan,kaki dan tubuh akan meningkat manakala jumlah darah di kawasan perut dan sekitarnya akan menurun.Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.

5.Bersenam
Bersenam adalah amalan yang baik tetapi ingat selepas makan tidak boleh bersenam sekurang-kurangnya 2 atau 3 tiga kerana aktiviti fizikal yang drastik kerana sistem pencernaan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Info:Harmoni