Selasa, 9 Mac 2010

Jadilah Si Lumpuh dengan Si Buta

Mengatasi Halangan-Kisah Si Lumpuh & Si Buta

Pada suatu hari seorang lumpuh pergi ke sebuah warung dan duduk di samping seorang yang sudah lama duduk sejak tadi di sana.

"Aku tidak mampu datang ke pesta Sultan kerana kakiku yang lumpuh sebelah ini, aku tidak mampu berjalan cepat," keluhnya.



Orang yang berada disebelahnya mengangkat kepala sambil berkata "Aku pun diundang, tetapi keadaanku lebih buruk dari kamu.Aku buta dan tidak mampu melihat jalan:.

Orang ketiga yang mendengar percakapan kedua orang itu lantas berkata "Tapi jika kalian sedar,kalian sebenarnya mempunyai cara untuk mencapai tujuan.Yang buta mampu berjalan, yang lumpuh didukung di belakangnya.Kalian akan mampu menggunakan kaki Si Buta dan Si Lumpuh sebagai penunjuk jalan".

Dengan cara itulah keduanya mencapai tujuan dan pesta sudah menanti.

Tips:Wang Bukan Segalanya

Bukan Semua Boleh Dibeli Degan Wang

Dengan ada wang:

Anda hanya boleh membeli tilam yang empuk,
bukan nyenyak tidur.

Anda hanya boleh membeli buku, bukan kebijaksanaan.
Anda hanya boleh membeli makanan, bukan kepuasan selera.
Anda hanya boleh membeli ubat, bukan kesihatan.

Anda hanya boleh membeli rumah, bukan kekeluargaan.
Anda hanya boleh membeli tubuh badan, bukan cinta.
Anda hanya boleh membeli perhiasan, bukan kecantikan.

Anda hanya boleh membeli pangkat, bukan kehormatan.
Anda hanya boleh membeli hiburan, bukan kegembiraan.
Anda hanya boleh membeli harta, bukan kebahagiaan.
Anda hanya boleh membeli populariti, bukan kaliber.
Anda hanya boleh membeli kekuasaan, bukan kebenaran.
Anda hanya boleh membeli agama, bukan keimanan.

Tips:Doa Penunduk


Gunakan untuk kebaikan bebbbbb.....

Tips:Doa Pengasih


Unutk teruna dan dara atau suami isteri.Amalkan doa ini.Perlu yakin...

Kisah Pengemis & Isteri Jelita

Bacalah...dan renungkan

Pada satu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan di ruang tamu, datanglah seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan dari pasangan suami isteri ini.

Katanya:"Wahai tuan, tolonglah hamba ini lapar sejak semalam hamba tidak menjamah walau sesuap nasi".



Dengan muka yang bengis dan sambil menjeling isteri jelita kesayangannya, si suami itu terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata:"Aku membina kekayaan ini hingga berjaya bukan untuk orang lain tetapi untuk diriku dan keluargaku".

Siisteri yang jelita itu tidak dapat berbuat apa-apa melihat sikap suaminya itu walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah kepada pengemis tersebut.

Setelah berlalu beberapa tahun,perniagaan si suami jatuh muflis lantas dia menjadi misikin.Dia terpaksa menceraikan isterinya kerana dia tidak sanggup membiarkan isterinya turut menderita sepertinya.Selang setahun kemudiannya, bekas isterinya yang jelita itu dikahwini oleh lelaki lain.

Pada suatu hari, ketika bekas isterinya dan suami baru sedang menghadapi makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintunya sambil meminta belas kasihan.Mendengarkan rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan sebagaimana yang mereka makan.

Setelah memberikan sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri itu menangkupkan mukanya sambil menangis.Si isteri itu mengadu kepada suaminya bahawa pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dahulunya pernah menengking seorang pengemis.

Dengan tenang, suaminya yang baru itu menjawab...Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengkin dahulu.

Tips:Ada 4 Jenis Insan

Ada 4 jenis insan:

Insan yang tahu tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang lalai.Oleh itu berlilah mereka peringatan.

Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu,itulah orang yang bodoh dan degil.Oleh itu tinggalkan mereka.

Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu, itulah orang yang jahil.Oleh itu ajarlah mereka.

Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang berilmu.Oleh itu ikutlah mereka.


FIKIRKAN................

Tips:Antara JUARA dan YANG TEWAS

JUARA membuat kesilapan dan mengaku dirinya bersalah,
YANG TEWAS berkata itu bukan kesalahannya.

JUARA memuji nasib baiknya kerana menang tetapi ia bukan nasib baik,
YANG TEWAS menyalahkan nasib buruk kerana kalah, tapi ia bukan nasib buruk.



JUARA bekerja lebih kuat dari yang tewas dan ada lebih banyak masa untuk berehat,
YANG TEWAS sentisa sibuk, terlalu sibuk mengekalkan kegagalannya.

JUARA menembusi masalah,
YANG TEWAS mengelilinginya.

JUARA menunjukkan kekesalannya dengan tidak mengulanginya,
YANG TEWAS meminta maaf tetapi dia ulangi lagi setelah itu.

Tips:Aku Kena Serangan Jantung-Kolesterol

Kolesterol Baik Vs Kolesterol Jahat

Aku kena serangan jantung?Peehhhh....Sengsaranya...



Didapati kolesterol jahat aku terlalu tinggi yang menyumbat saluran jantung aku.Fikir punya fikir dapatlah aku katakan faktor pemakanan yang tinggi lemak seperti menumis atau menggoreng menggunakan minyak yang banyak dan penggunaan santan kelapa dalam masakan punca segala-galanya.

Faktor lain juga aku kurang senaman menyebabkan tahap kolesterol tinggi.Ia amat membimbangkan kerana ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Aku terus menyelak buku-buku dan mencari maklumat di internet, mencari maklumat berkaitan kolesterol.Mari aku kongsi dengan engkau orang di sana....

Kandungan kolesterol yang tinggi dapat direndahkan dengan menggunakan ubatan moden dan mengubah suai gaya hidup harian.Ia termasuklah:

1.Kurangkan berat badan
2.Makan makanan sihat untuk jantung.
3.Pilih lemak yang sihat (daging putih seperti ayam dan ikan serta produk tenusu rendh lemak)
4.Elakkan lemak trans (Lemak ini ada dalam makanan bergoreng dan kebanyakan produk seperti biskut,kek dan cracker)
5.Hadkan pengambilan kolesterol (Jangan ambil lebih dari 300 mg)
6.Makan banyak buah dan sayur.
7.Makan makanan kaya omega-3.

Tips:Penjimatan Elektrik Kurangkan Perbelanjaan

Panasnya......bulan ini.

Walaupun panas kita perlu jimatkan elektrik woiiii.Apa tipsnya?

Antara amalannya ialah...




1.Kalau ada penghawa dingin di rumah atau pejabat, bersihkan secara berkala agar aliran udaranya dapat bergerak lancar sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga.Pastikan saiz penghawa dingin sesuai dengan ruang yang digunakan.

2.Pastikan lampu dan kipas yang tidak digunakan ditutup.Bagi mengurangkan bahang kepanasan di dalam rumah tanamkan pokok-pokok teduhan.

3.Peralatan dapur yang kecil boleh membantu mengurangkan penggunaan tenaga.Tutup periuk atau kuali ketika memasak bagi mengurangkan masa memasak.

4.Mandi menggunakan shower lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan menggunakan tab mandi.Jika ada pemanas air, gunakan ia ketika perlu sahaja.

5.Penggunaan rona warna di dinding dan dekorasi yang cerah dapat memantulkan lebih banyak cahaya pada ruang.Oleh itu rancang dekorasi kediaman anda dengan memilih warna yang sesuai bagi menjimatkan tenaga elektrik.

6.Kebanyakan barang elektrik seperti tv dan komputer mengambil tenaga elektrik biarpun suis telah dimatikan.Justeru itu pastikan anda mengeluarkan palamnya daripada soket (plug).

Tips:Main Gitar Cegah Strok

Bermain gitar dapat mencegah strok? Betul ke?



Penelitian ini telah dibuat oleh pakar saraf Dr Edward Taub dari Universiti Alabama,Amerika syarikat.

Beliau mengatakan bahawa individu yang aktif menggerakkan jari jemari untuk bermain instrumen berdawai seperti gitar berisiko rendah untuk mendapatkan serangan strok.

Hal ini berlaku kerana jari jemari yang sering bermain gitar akan mengirimkan signal-signal secara tetap pada otak kanan dan menyumbang kepada pembesaran bahagian tersebut.Pembesaran otak sebelah kanan dapat mengawal pergerakan anggota tubuh sehingga mengurangkan risiko serangan strok.