Ahad, 15 November 2009

PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM

BAB 1
Peringatan Untuk Wanita

Dari Sabda Rasulullah s.a.w

1.Wanita yang solehan(baik) itu lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh

2.Wanita apabila sembahayang lima waktu,puasa sebulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya masuklah ia dari pintu syurga mana saja yang ia kehendaki.

3.Saidatina Aishah berkata "Saya pernah bertanya Rasulullah s.a.w siapakah manusia yang lebih besar haknya (berhak) terhadap wanita?.Jawab Rasulullah:"Suaminya".Siapa yang berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah:"Ibunya"

4.Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

5.Siapa yang dikurniakan oleh Allah wanita yang solehah maka sesungguhnya telah dikurniakan pada sebahagian dari agamanya makan hendaklah ia berbakti kepada Allah yang separuh lagi.

6.Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak.Wanita apabila keluar akan dipersonakan oleh iblis.

7.Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (yang halal nikah) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual-beli.

Satu hari ketika Rasulullah bersama-sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum).Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah". Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihat ?"

Dari Ali bin Abi Talib;Aku dengar Rasulullah bersabda:
Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka Jahanam selama umur dunia tujuh kali.Mereka ialah
a. Orang yang gemuk kurus
b.Orang berpakaian telanjang
c.Orang yang alim jahil

Adapun yang gemuk kurus itu ialah wanita yang gemuk (sihat) tubuhnya tetapi kurus ibadahnya.

Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

Orang alim jahil itu ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan dunia.

8.Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunnya ia adalah berzina.

9.Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinan cepat pula kehamilannaya dan ringan maharnya.

10.Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita tersebut di murkai oleh Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra kepada suaminya.

11.Bahawa mana-mana wanita yang bersolat dan tidak mendoakan suaminya maka solatnya akan tertolak.

12.Perkara-perkara yang menjadikannya menderhaka kepada suaminya ialah

a.menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samaada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

b.keluar rumah tanpa izin suami samaada suami ada dirumah atau tidak.

c.keluar rumah belajar ilmu bukan ilmu fardu 'ain.

d.enggan berpindah bersama suami.

e.mengunci pintu ketika suami mahu masuk ke rumah.

f.bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.

g.minta talak.

h.bercakap kasar atau lambat menjawab pertanyaan.

i.berpaling atau membelakanginya ketika bercakap

j.meninggalkan tempat tidur.

k.membenarkan masuk ke rumah orang yang yang tidak disukai suami.

13.Pesanan Luqman kepada anaknya:"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka para Nabi iaitu sabda mereka:"

a.apabila engkau sedang solat kepada maka jagalah baik-baik fikiranmu.

b.apabila engkau berada di rumah orang lain,maka jagalah matamu.

c.apabila engkau di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.

d.apabila engkau hadir dalam jamuan makan, maka jaga-jagalah perangaimu.

e.ingat Allah.

f.ingat mati

g.lupakan budi baikmu kepada orang lain.

h.lupakan kesalahan orang lain terhadapmu.

Dari perkara yang tersebut di atas bukanlah bermakna wanita menjadi seperti hamba suaminya atau seperti khadamnya semata-mata.Suami pula ada peranannya.Untuk memainkan peranan itu sudah tentulah kaum lelaki wajib taat kepada Allah dan menjunjung tinggi syariat Allah agar ia menjadi orang yang adil serta tidak zalim,mengenal dan menyempurnakan hak-hak isteri ke atasnya.

Sekian bersambung di lain keluaran.