Khamis, 8 April 2010

Bacalah.Berapa Anak Aku?

Tersebutlah kisah empat orang lelaki sedang menunggu isteri-isteri mereka yang berada dalam bilik pembedahan melahirkan bayi.Selang beberapa ketika seorang jururawat pun keluar dan memberitahu berita gembira kepada salah seorang bapa baru di situ.

Jururawat 1: Tahniah Encik Chan, isteri anda selamat melahirkan sepasang kembar yang
comel.
Chan : Bersyukurnya saya.Kebetulan pula saya bekerja di Twin Sun Holdings.


Kemudian keluar jururawat kedua.
Jururawat 2: En. Rama , tahniah!.Anda mendapat anak kembar tiga.
Rama : Ayoo.Berita baik ni. Saya pun kebetulan bekerja di 3M Enterprise.

Jururawat 3: Wah En Rizuan! Anda bertuah sekali. Isteri anda baru saja melahirkan empat
orang bayi yang sihat.
Rizuan : Mungkin berkat saya bekerja di Four Seasons Hotel, maka saya dapat empat
anak.

Lelaki yang keempat mula keresahan.Buka sahaja jururawat tidak keluar memberitahunya tentang keadaan isteri dan bayi mereka, malahan ada sesuatu yang mengganggu benak fikirannya.Kesihan melihatnya, ketiga-tiga orang bapa baru pun menghampirinya dan bertanya keadaan lelaki itu.

Rama : Azman, jangan risaulah. Isteri awak mesti selamat melahirkan anak kamu
berdua punya. Mungkin lambat sikit aja. Sabar ya?
Azman : Aku tidak risau tentang isteri aku sangat.
Rizuan : Habis tu?
Azman : Kalalu semuanya kebetulan, entah berapa banyak anak aku?. Aku bekerja
Seven Eleven!