Selasa, 24 Julai 2012

Buang Air Besar Duduk Atau Mencangkung?

Sebelum cerita pasal mangkuk tandas, nak cerita pasal cara betul buang air besar. Korang selesa buang air besar cara duduk atau mencangkung??

Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan

Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut.. 

10 Kekejaman Perempuan Terhadap Lelaki

Berikut adalah 10 perkara yang menjadikan seseorang lelaki mangsa kekejaman seorang makhluk tuhan yang digelar perempuan. Fakta oleh Fox News.
 10. Nombor Telefon
Katakan anda adalah seorang lelaki dan telah berhempas pulas untuk menarik perhatian gadis idaman anda sekaligus mendapatkan nombor telefon si dia. Ya, akhirnya dia kelihatan tertarik kepada anda dan si dia memberi nombor telefon kepada anda. Tetapi bukan nombor telefon dia, tetapi jiran sebelah dia.

Isnin, 23 Julai 2012

KERJA GILA: PINDA SOLAT JUMAAT KE HARI SABTU.

Komuniti Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid diseluruh penjuru Negara untuk melaksanakan solat Jumaat, diganti dengan hari Sabtu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, kerana hari Jumaat di Azarbaijan termasuk hari kerja resmi negara.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangi kinerja para pegawai dan pekerja pemerintah.

Zina Cuba Dihalalkan Dengan Kondom Perisa Zam-Zam Atau Untuk Keberkatan ?

Adakah ini tidak termasuk perbuatan menghina Islam dengan menjadikan air suci zam-zam sebagai bahan untuk melariskan jualan kondom ?

Mustahil juga ia dijadikan sebagai bahan untuk menambahkan keberkatan semasa persetubuhan. Kerana doa sebelum tidur sudah memadai untuk mengelak gangguan jin dan syaitan dengan tambahan 3 Qul dan Alkhlas hingga annas..

Pandangan anda ???

Petua Rasulullah SAW buat yang menghidap penyakit kronik..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;


"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."


Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

Tutorial Cara Mengejutkan Orang Bangun Sahur

Puasa mmg best, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling critical sekali. Dibawah ni ada tips menarik untuk dicuba,'

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..

2. Sentuh bahu org tidur tu.. dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…

3. Renjis air kat muka dia… sambil panggil nama dia…

4. Tampar tampar manja pipi dia.. sambil panggil nama dia…

5. Tutup kipas / air cond

Tapi kalau still tak ada effect

1. Jerit nama dia kuat kuat…

2. Gigit ibu jari kaki dia.. cam hantu toyol gigit

3. Simbah air sebaldi… kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!

6. Jerit api! api! api!

7. Letak kfc ke mcd ke tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dimasaksebelah hidung dia.. bagi ambik bau sikit




Tapi kalau still tak ada effect gak

1. Pergi kat telinga dia… then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali…

2. Pergi kat dia, baca je surah yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak…ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan… kerana tuhan lebih menyayanginya.


Niat Puasa Sunat

Niat Puasa Sunnah :

1. Niat Puasa Isnin – Khamis

نويت صوم يوم الاثنين سنة لله تعالى
" NAWAITU SAUMA YAUMUL ISNAIN SUNNATAN LILLAHI TA'ALA
Artinya :
“ Saya niat puasa hari Isnin, Sunnat karena Allah ta’ala.”

نويت صوم يوم الخميس سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA YAUMUL KHOMIS SUNNATAN LILLAHI TA'ALA
Artinya :
“ Saya niat puasa hari Khamis, sunnah karena Allah ta’ala.”

2. Niat Puasa Daud
نويت صوم داود سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA DAWUD SUNNATAN LILLAHI TA'ALA

Artinya :
“ Saya niat puasa Daud , sunnah karena Allah ta’ala

3.
Niat Puasa Syawal

نويت صوم شهر شوال سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA SYAHRI SYAWWAL SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH
Artinya :
“ Saya niat puasa bulan Syawwal , sunnah karena Allah ta’ala.”





6 Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT

Allah SWT telah menyebut dalam kitab-kitabnya :



i. Sesiapa berpagi-pagi bersusah memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.

ii. Sesiapa mengeluh kerana ditimpa mushibah, maka dia mengeluh diatas tindakan Allah SWT.

iii. Sesiapa tidak menghirau daripada mana datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia memasuki neraka.

iv. Sesiapa melakukan dosa sambil tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.
v. Sesiapa sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada Akhirat.

vi. Sesiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak dimatanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.