Khamis, 11 Mac 2010

Bacalah.Untuk Kita Yang Akan Mati Satu Hari Nanti

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada murid-muridnya dan umat Islam seluruhnya.Wasiatnya ialah

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10)perkara,"

1.HAK KEPADA DIRI :Mengurngkan tidur,kurangkan makan, kurangkan cakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2.HAK KEPADA MALAIKAT MAUT:Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggalm mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalami, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.



3.HAK KEPADA KUBUR:Buang tabiat suka tabur fitnah, buang tabiat kencing merata-rata, banyakkan solat tahajjud dan bantu orang yang dizalami.

4.HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR:Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasih menasihati.

5.HAK KEPADA MIZAN(NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT):Tahan kemarahan, banyak berzikir, mengiklaskan amalan dan sanggup menanggung susah.

6.HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT):Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7.HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA):Menangis sebab takut kepada Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan dan bersembunyi dan memperelok akhlak.

8.HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA):Berasa reda dengan Qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dan bertaubat.

9.HAK KEPADA NABI SAW:Berselawat, berpegang dengan syariat, bergantung pada sunnah,sayang kepada para sahabat.

10.HAK KEPADA ALLAH SWT:Ajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar anda