Isnin, 15 Mac 2010

Tips:Macam Mana Nak Cover Malu

Berikut adalah tip-tip berkesan untuk cover malu.



1.Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur di ofis hingga meleleh air liur basi, anda hendaklah terus bangun dengan keadaan separuh sedar.Kemudian buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur.Gerenti member anda akan panik dan berhenti ketawakan anda.

2.Kalau anda tersilap menyapa orang yang tak dikenali anda hendaklah teruskan menegur orang itu dan menganggap anda kenal orang itu dan terus bagi duit dekat dia.Kononnya anda pernah berhutang dengannya.Mesti dia pun mengaku anda kenalannya.

3.Jika anda ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah:"Biar rosak zip jangan rosak akhlak".

4.Jika anda tersilap masuk tandas wanita, apa yang perlu anda buat ialah anda perlu buat muka gelabah puyuh dan cemas sambil berlakon menyatakan anda nak cari isteri atau awek anda yang dah sejam tadi masuk tak keluar-keluar lagi.

5.Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik.Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan bercakap dan ketawa seorang diri sambil menyumpah member anda itu.Tentu orang tak akan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental kronik.

Selamat mencuba.

5 ulasan:

  1. haha...lawak seyhh...
    yg no 3 x leh blah.. sangat berfalsafah gitu..hahaha...

    BalasPadam
  2. hihihi.. cam efektif je.. nak try a :P

    BalasPadam
  3. hahaha...lwak siot...
    nant aku nk try no 4...

    BalasPadam
  4. rosak zip takpe jgn rosak akhlak..kwn aku suka main bukak kancing bra org. klu aku marah, dye ckp bek men bnde ni dari main judi. ooh?

    BalasPadam

Sila tinggalkan komentar anda