Isnin, 18 Julai 2011

Sssss..Kisah Suami Isteri

Sepasang suami isteri yang sudah bernikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak terlibat dalam satu pertengkaran hebat.

Begitu hebannya pertengkaran mereka, hingga akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai bagi mengakhiri kehidupan rumahtangga secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam untuk perundingan pembahagian harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar namun akhirnya sebahagian besar masalah selesai, baik tanah, rumah dan semua aset harta mereka dapat dibagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu perkara tidak dapat diselesaikan iaitu mengenai pembahagian anak yang tiga orang itu, baik si suami mahupun isteri mahu mengasuh anak-anak mereka, tidak ada mahu mengalah dan tidak mungki9n dibelah dua .

Akhirnya mereka bertemua seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang imam akhrinya memberikan jalan keluar yang bijak iaitu mereka diminta menunda percerian selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka.Tuhan memberikan tambahan satu anak semuanya berjumlah 4 orang sehingga mudah dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka bekerja keras untuk menambah anak dan akhirnya mereka berjaya.

Setahun kemudian, ketika sang imam berjalan-jalan beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini sedang bergandingan tangan dengan mesra sehingga sang imam bertanya
"Apakah kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian baal bercerai?

Sang suami lalu menjawab:"Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak tetapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratnya"? tanya sang imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak, anak kembar!!!".

Hikmahnya disebalik cerita di atas:
1.tundak tindakan negatif sering beri bermanfaat apalagi seseorang dalam emosi.Ada baiknaya kita tunda sesuatu yang ingin kita lakukan.

2.mempu mengendalikan marah adalah kunci kebaikan.
3.petengkaran lumrah dalam rumah tangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar anda