Ahad, 15 September 2013

Bercakap Benar Hakis Perangai Buruk

Pada satu hari, datang seorang lelaki berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.Dengan muka bersahaja dia berkata
"Wahai Nabi Allah,aku punyai banyak perangai buruk.Yang mana aku patut ubah dulu?"Nabi bersabda,
"Jangan bohong dan berusahalah untuk bercakap benar." Lelaki itu pun berjanji dengan baginda s.a.w. 
untuk bercakap benar.Lalu dia pun pulang ke rumah.
     Malam itu, lelaki tadi merancang untuk keluar mencuri. Sebelum memulakan langkahnya, tiba-tiba dia teringat janjinya dengan Nabi s.a.w. siang tadi. "Kalau esok Nabi s,a,w tanya apa aku buat malam tadi, apa aku nak cakap? Tak mungkin aku nak mengaku keluar mencuri? Tak boleh, aku tak boleh bercakap begitu. Tapi aku tidak boleh menipu. Kalau aku cakap benar, mesti semua orang benci aku dan panggil aku pencuri. Aku pasti akan dihukum nanti," bisik hatinya. Lelaki itu pun membatalkan niatnya untuk mencuri.
     Hari berikutnya lelaki tadi ingin meminum arak. Ketika dia memegang botol tersebut untuk minum, tiba-tiba dia berkata pada dirinya,"Apa aku nak cakap kalau Nabi s.a.w. tanya apa yang aku lakukan pada hari ini?Aku tidak boleh menipu. Tapi kalau aku bercakap benar, mesti semua orang benci aku sebab orang Islam tidak boleh minum arak," desis hatinya.Lelaki itu pun membatalkan niatnya untuk minum arak.
     Pendek kata, setiap kali ingin melakuian apa saja kejahatan,dia pasti teringatkan janjinya dengan Rasulullah s.a.w. Sepanjang masa hanya itu yang diulang. Secara tidak langsung, satu-persatu perangai buruknya berjaya ditepis.
     Akhirnya, lelaki itu berjaya menjadi seorang Muslim yang baik dengan personaliti yang menarik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar anda