Khamis, 18 Jun 2009

Berhati-hati dengan perkara di bawah

Bekerja lewat malam melemahkan jantung

Mereka yang berkerja syif malam boleh mengalami perubahan hormon dan metabolik dalam tubuh dan boleh meninggikan risiko abesiti,diabetes dan serangan jantung.Ianya berpunca daripada perhubungan antara masa jaga dan tabiat pemakanan yang tidak seiring dikenali sebagai ritma sirkadian.

Kesesakan lalu lintas tingkatkan serangan jantung

Risiko serangan jantung akan menjadi 3 kali ganda lebih tinggi ketika anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama satu jam.Udara tercemar yang dihasilkan oleh kenderaan sewaktu tersangkut dalam kesesakan menyebabkan wanita, lelaki tua, pesakit yang tidak memiliki pekerjaan dan individu yang memiliki sejarah serangan jantung paling berisiko terkena serangan jantung.

Cuaca panas punca sakit kepala

Cuaca panas dan perubahan ttekanan atmosfera lebih mudah menyebabkan sakit kepala dan migrain berbanding punca pencemaran lain. Suhu tekanan dan kelembapan udara dikatakan punca sakit kepala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar anda