Khamis, 18 Jun 2009

Jangan Lakukan Perkara Ini Selepas Makan
Apa yang kita lakukan selepas makan banyak mempengaruhi diet dan sistem pencernaan tubuh kita.Jika anda lakukan perkara di bawah hentikanlah.....

1.Merokok
Lepas makan perokok akan mencari rokok.Sebatang rokok yang dihisap selepas makan kesannya adalah sama dengan 10 batang rokok pada waktu lain.

2.Tidur
Selepas makan mata layu dan mahu lelap.Jangan lakukan kerana ia merbahayakan sistem pencernaan tubuh badan .Kenapa?Makanan tadi tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur.Jarakkan masa makan dan tidur.

3.Makan buah
Ia pencuci mulut selepas makan.Anda salah.....makan buah selepas makan menyebabkan peruat kembung kerana banyak air.Makanlah buah selepas satu jam.

4.Mandi
Sekiranya anda mandi selepas makan,ia menyebabkan aliran darah pada tangan,kaki dan tubuh akan meningkat manakala jumlah darah di kawasan perut dan sekitarnya akan menurun.Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.

5.Bersenam
Bersenam adalah amalan yang baik tetapi ingat selepas makan tidak boleh bersenam sekurang-kurangnya 2 atau 3 tiga kerana aktiviti fizikal yang drastik kerana sistem pencernaan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Info:Harmoni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar anda