Isnin, 8 Mac 2010

Berkongsi Rahsia Kejelitaan dan Kesihatan Datuk Sarimah

Kenal dengan Datuk Sarimah Ahmad? Pernah berlakon dalam filem Ali Baba arahan Tan Sri P.Ramlee pada era 60-an.

Mari kita kongsi apa rahsia kejelitaan dan kesihatan beliau yang kini berumur 68 tahun.



"Sebenarnya ramai yang bertanyakan tentang amalan dan petua saya dalam menjaga kesihatan dan kecantikan.

Saya ini orang kampung dan dibesarkan di kampung.Sejak kecil lagi ibu bapa saya mendidik agar sentiasa bangun dan mandi awal pagi.

Pukul 5.00 pagi saya sudah mandi perigi.Sekarang ini pun saya akan bangun awal dan mandi dengan air sejuk.

Kebiasaannya saya akan bangun seawal 3.00 atau 4.00 pagi pada setiap hari.Selepas bangun tidur saya akan buat rengangan selama 15 minit.Selepas itu saya amalkan minum air zamzam sekurang-kurangnya satu sudu dan semburkan pada wajah.Selepas itu saya solat Subuh dan Dhua.

Selepas segalanya selesai barulah saya bersarapan.Saya pasti memakanan yang banyak serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta banyak minum air putih.Kekadang saya ada mengambil vitamin atau makanan tambahan lain.

Kita haruslah bijak mempelbagaikan pemakanan kita.Contoh oat, saya akan campurkan bersama pisang.Begitu juga jika saya minum teh hijau kadang-kala saya akan campurkan dengan sedikit madu bagi mengelakkan rasa jemu.

1 ulasan:

Sila tinggalkan komentar anda