Khamis, 11 Mac 2010

Tahniah Kepada Yang Berjaya Dalam SPM 2009

Tahniah kepada murid-murid yang cemerlang dalam SPM 2009.Senyum lebar terpampang di dada TV dan akhbar.Itu yang berjaya.Berapa kerat sahaja.

Yang gagal lebih ramai dari yang berjaya.Kemana mereka selepas ini?Yang berjaya dah terjamin akan terus belajar tetapi yang sederhana atau gagal?Belajar lagi...berapa ramai yang akan buat begini.


Mereka yang gagal ini akan memenuhkan jalan raya dengan lagak ngeri.Mereka inilah yang akan mengisi pusat-pusat seranti dan penjara.Mereka ini yang akan meragut,merogol,mencuri dan sebagainya.

Sebenarnya mereka tidak gagal dalam pelajaran tetapi mereka gagal mengawal diri dengan arus keseronokan di luar.Sistem pendidikan Malaysia menekankan kepada peperiksaan.Setiap peperiksaan memerlukan kekuatan hafalan murid-murid.Berapa ramai murid yang gagal ini dapat memaksa diri mereka menghafal sesuatu mata pelajaran?Adalah lebih baik mereka keluar rumah dan berseronok.Ini hakikatnya.

Oleh kerana itu murid yang gagal diberikan kemahiran. Cukuplah berkemahiran seperti bergunting rambut atau memotong kain untuk dibuat baju.Beri mereka kemahiran bercucuk tanam dan sebagainya.Rendahkan lagi syarat-syarat kemasukan ke pusat-pusat kemahiran.

Apa pendapat anda?

1 ulasan:

Sila tinggalkan komentar anda