Sabtu, 24 April 2010

Mari Bergelak Ketawa

Seorang pemandu trak yang hendak ke Puchong, tiba-tiba terpandang papan tanda besar di hadapannya.


"AWAS! JAMBATAN RENDAH DI HADAPAN" Pemandu itu cuba membelok, tapi tak sempat.Tiada simpang untung membuat U-turn dan....DAMMM!Trak itu tersangkut di bawah jambatan.Apa lagi, traffic jamlah jawabnya.

Setengah jam kemudian,polis trafik pun sampai.Polis itu terus pergi kat trak tersebut.Sambil meletakkan lengannya ke pintu trak, berserta dengan senyuman ala-ala menyindir, polis trafik itu bertanya,"Tersangkut kat jembatan, ke?"

Jawab pemandu trak,"Bukan macam tu, tuan.Sebenarnya saya nak hantar jambatan ni ke Puchong, tapi minyak habis pulak.Maklumlah minyakkan mahal sekarang ni..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar anda