Khamis, 15 April 2010

Untuk Lelaki Berumur 40 Tahun Ke Atas...

Usia bukan sahaja sensitif kepada wanita.Lelaki juga sensitif dan sering dikaitkan dengan akil baligh pusingan kedua apabila mencapai umur 40 tahun.


Mengapa?Pada umur itu, lelaki cenderung berkelakuan aneh berbanding wanita.Keanehan bagaimana yang sering berlaku kepada lelaki berumur di atas 40 tahun ini?

Peringkat umur 45 hingga 65 tahun adalah masa paling produktif dalam hidup seorang lelaki dan wanita.Pada peringkat ini, anggota badan telah tumbuh sempurna dan stabil.

Kekurangan hormon seperti testosteron dan androgen akan menyebabkan fungsi dan kemampuan otak mulai mengalami penurunan.

Ditambah pada peringkat ini lelaki di Malaysia khususnya akan mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.

Pada masa sama dorongan seks yang merupakan lambang kelakian akan mulai menurun.Masalahnya proses yang semula jadi ini sering dinafikan oleh sebahagian lelaki.

Mereka berhempas pulas untuk membukitkan sebaliknya.Ada yang menghadapi fitrah ini dalam bentuk kepuasan lain seperti berolahraga, kerjaya dan hobi baru.Mereka mahu membuktikan bahawa tahap seks dan kemampuan bekerja masih kekal sama.

Cara lain yang sering digunakan bagi membukitkan mereka masih 'perkasa' seperti dulu ialah dengan mempunyai kekasih baru.Tidak kurang pula yang begitu rajin mencari pelbagai ubat penawar.

Mungkin ini jawapan kenapa lelaki pada umur 40 tahun ke atas cenderung untuk bermain kayu tiga.Mereka mahu membukitkan mereka masih perkasa.

Sesetengah lelaki pula begitu taksub untuk terus menjadi muda.Ketaksuban ini akan mengubah gayanya.Beginilah tingkahlaku lelaki kalau sudah memasuki puberti kedua.

1 ulasan:

  1. Salam,
    Sebagai pasangan hidup..Bagaimana nk menangani lelaki 40-an ini?..skrg saya sedang menghadapi permasalahan ini...adakah mereka bersifat terlalu sensitif/...

    BalasPadam

Sila tinggalkan komentar anda