Rabu, 27 November 2013

Berjalan Kaki...Sunnah Nabi

Kurang pergerakan atau cara hidup yang kurang aktif ialah kehidupan seharian yang kurang pergerakan.Contohnya pekerja pejabat yang banyak menjalankan kerja-kerja  di meja tanpa memerlukan banyak  pergerakan.Ia juga biasanya dirujuk  dengan tidak melakukan aktiviti aktif seperti bersenam atau bersukan dan hanya duduk sepanjang hari.
Jalan kaki adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Kajian saintifik terkini juga mengesyorkan supaya jalan kaki atau 'brisk walking' dijadikan amalan harian untuk kesihatan tubuh badan terutamanya jantung.Jalan kaki mudah dilakukan oleh pelbagai peringkat umur dan boleh dilakukan di mana-mana saja.
Kita dapat lihat bahawa amalan ibadat dalam Islam seperti tawaf dan sai melibatkan pergerakan berjalan kaki atau berlari-lari kecil .Ini menyamai satu senaman ringan berjalan kaki yang boleh membakar lemak dan mengurangkan lemak dalam badan.
Jadi selepas ini ,rajin-rajin lah berjalan kaki...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar anda