Rabu, 27 November 2013

Diet Pemakanan Disyorkan Islam

Nabi Muhammad S.A.W ada menunjukkan beberapa jenis makanan yang sihat iaitu buah-buahan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Antara makanan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. ialah:

Limau:
1. Ia adalah umpama seorang mukmin iaitu sedap dirasa dan harum baunya.
2. Mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi.
3. Ia menguatkan otot jantung,menghilangkan kesedihan dan menggantikannya dengan keceriaan daripada 
    bau,rasa dan warnanya.
4. Ia mengenyangkan dan memperlahankan aliran hempedu.

Bijan Hitam:
1. Ia juga dinamakan habbatus sauda.
2. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
    "Hendaklah kamu makan jintan (bijirin) hitam.Oleh kerana jintan hitam mengandungi ubat untuk segala
     penyakit kecuali AS-Samm (mati)"
3. Ia juga bertindak sebagai pencegah kanser.
4. Ia mempunyai antioksidan dan antithrombotik.
5. Ia membaiki kesihatan sistem kardiovaskular.

Madu:
1. Ia berpontensi merawat,mencegah dan mengawal pelbagai jenis penyakit.
2. Ia digunakan untuk merawat jangkitan bakteria Methicillin-resistan staphylococcus aureus (sejenis
    bakteria yang imun terhadap semua jenis ubatan penisilin dan kebanyakan antibiotik)
3. Ia mengandungi antioksidan jenis polyphenol sama seperti anggur untuk mengurangkan penyakit jantung 
    dan kanser kolon.
4. Ia merawat ulser diabetes.

Buah zaitun dan minyak zaitun:
1. Ia mampu mencegah penyakit atherosklerosis.
2. Ia dapat mengurangkan paras kolesterol tidak baik dan meninggikan kolesterol baik.
3. Mujarab mengatasi masalah penyakit jantung dan saluran darah.

Kurma:
1. Ia merawat penyakit hati dan jantung.
2. Ia meredakan tekanan darah tinggi kerana lemak dan gula amat baik.

Pisang:
1. Ia menolong menyembuhkan demam,masalah penghadaman dan kejang urat.
2. Ia menurunkan tekanan darah dan penyembuh pelbagai alergi.
3. Ia mengatur keseimbangan air dan denyutan jantung.
4. Ia menyembuhkan penyakit anemia iaitu penyakit kekurangan sel darah merah dalam darah
5. Ia membangunkan sel dan otot, memelihara keseimbangan cairan tubuh dan menyembuhkan penyakit-
    penyakit pada jantung.

Anggur:
1. Ia menghilangkan rasa penat dan mengelakkan anemia
2. Meningkatkan porduksi darah dan menjadi ubat untuk pesakit hepar, ginjal dan sistem pencernaan.
3. Merangsang fungsi ginjal dan membantu mengeluarkan bahan kumuh tubuh seperti urea.
4. Menurunkan tekanan darah dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh.
5. Digalakkan untuk pesakit bisul perut, radang sendi, radang usus kecil, rheumatik dan keracunan.
6. Menguatkan otot jantung, menyembuhkan bronchitis (radang paru-paru di bahagian bronkus) dan
    batuk.
7. Mencantikkan kulit kerana anggur dipercayai membersihkan darah

Delima:
1. Mengatur keseimbangan air dalam badan.
2. Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah edema dan
    mengurangkan kadar gula yang mengalir dalam darah.
3. Menghilangkan rasa letih otot.
4. Ia dapat menjaga denyutan jantung agar tetap normal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar anda