Selasa, 9 Mac 2010

Kisah Pengemis & Isteri Jelita

Bacalah...dan renungkan

Pada satu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan di ruang tamu, datanglah seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan dari pasangan suami isteri ini.

Katanya:"Wahai tuan, tolonglah hamba ini lapar sejak semalam hamba tidak menjamah walau sesuap nasi".



Dengan muka yang bengis dan sambil menjeling isteri jelita kesayangannya, si suami itu terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata:"Aku membina kekayaan ini hingga berjaya bukan untuk orang lain tetapi untuk diriku dan keluargaku".

Siisteri yang jelita itu tidak dapat berbuat apa-apa melihat sikap suaminya itu walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah kepada pengemis tersebut.

Setelah berlalu beberapa tahun,perniagaan si suami jatuh muflis lantas dia menjadi misikin.Dia terpaksa menceraikan isterinya kerana dia tidak sanggup membiarkan isterinya turut menderita sepertinya.Selang setahun kemudiannya, bekas isterinya yang jelita itu dikahwini oleh lelaki lain.

Pada suatu hari, ketika bekas isterinya dan suami baru sedang menghadapi makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintunya sambil meminta belas kasihan.Mendengarkan rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan sebagaimana yang mereka makan.

Setelah memberikan sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri itu menangkupkan mukanya sambil menangis.Si isteri itu mengadu kepada suaminya bahawa pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dahulunya pernah menengking seorang pengemis.

Dengan tenang, suaminya yang baru itu menjawab...Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengkin dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar anda